SELAMAT DATANG ke Sultera  

Tahniah kerana memulakan perniagaan Sultera anda sendiri! Kami begitu teruja kerana anda telah memilih laluan ke arah mencapai matlamat peribadi anda. Sebagai Ambassador Sultera yang baru, kami tahu anda tentu mempunyai banyak soalan. Oleh sebab itu kami telah menghimpunkan beberapa sumber asas untuk membimbing anda melalui proses pengurusan perniagaan anda ketika anda memulakan satu perjalanan yang menarik dan bermanfaat bersama Sultera.  

 Visi kami mudah sahaja iaitu untuk untuk menjadi jenama kediaman pilihan utama rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja tanpa mengira pendidikan, latar belakang  ekonomi dan pengalaman profesional mereka, boleh menjadi Ambassador Sultera dan membina perniagaan mereka dengan menjual produk Sultera.  

 Hari ini, Sultera terus berkembang pesat diterajui oleh pengasas Sultera sendiri iaitu Ashraf Aziz selaku CEO dan pengarah yang gigih menjayakan jenama Sultera ke persada Asia Tenggara.  

Our History

Dahulu Sultera dikenali sebagai The Sultan. Tetapi diatas alasan tertentu, kami membuat rebrand kepada Sultera pada tahun 2022. Kisah Sultera Ambassador bermula pada tahun 2019 dan pada tahun 2020 bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di mana jualan dalam talian dan model perniagaan bisnes ejen dan stokis adalah di kemuncak. Fenomena adaptasi kegiatan ekonomi memberi impak sehingga kini. Model perniaagaan ini dicipta bagi membolehkan orang lain menyertai dan mendapat faedah hasil daripada usaha mengembangkan perniagaan.  

 

Our Products

APAKAH KEUNIKAN SULTERA BERBANDING YANG LAIN  

  1. HOTEL SERIES BEDDING COLLECTION  

Koleksi produk ruang tidur kami berasaskan hotel 5 bintang antarabangsa yang pasti menjadi pilihan terbaik anda yang menggemarkan penampilan  mewah lagi berprestij. Dengan pilihan material berkualiti tinggi, produk kami turut menjanjikan anda keselesaan maksimum yang menjamin kualiti tidur anda.  
 

  1. HOTEL SERIES TOWEL COLLECTION  

Koleksi tuala kami dihasilkan secara khusus mengikuti taraf kualiti hotel 5 bintang. Dengan berat, ketebalan, kegebuan dan daya serap yang tinggi menjadikan pengalaman selepas mandi anda menjadi lebih selesa dan produktif. Ia direka mengikut spesifikasi kegunaan hotel, yang sangat sesuai untuk semua golongan dan kegunaan harian.  
 

  1. TABLEWARE COLLECTION  

Koleksi tableware kami direka untuk memberi anda pengalaman berada di dalam restoran eksklusif dan hotel mewah hanya dari rumah anda. Dengan material dan pilihan reka bentuk  mewah akan menambahkan gaya di meja makan anda.  

Our Achievements

Sultera Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Rising Star Awards sewaktu sesi penganugerahan Annems Leadership Aspirasi Pejuang 2022.

Sultera Malaysia juga telah berjaya merangkul anugerah Top 3 of Selangor E-Commerce Merchant Awards sewaktu sesi penganugerahan Malaysia Top E-Commerce Merchants Awards 2023 yang berlangsung pada 27 Mei 2023 bertempat di Hilton PJ.