Ambassador 

  1. Boleh saya tentukan harga jualan sendiri?  
  • Pihak HQ tidak membenarkan sebarang perubahan harga sama ada pengurangan harga atau penurunan harga dan sebaliknya. Ambassador wajib mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak HQ.  

 

  1. Bolehkah saya membuat jualan melalui kaedah “carboot”  
  • Tidak digalakkan kerana ingin menjaga nama dan imej produk serta tidak ingin mana-mana Ambassador menghadapi masalah daripada pihak berkuasa. Tapi sekiranya event atau aktiviti berlesen atau dianjurkan oleh mana-mana pihak, tiada masalah.  

 

  1. Selain produk bantal, apakah produk lain yang boleh dijual?  
  • Antara produk Sultera yang ada seperti peralatan tempat tidur, tuala mandi, pelbagai design cadar dan peralatan dapur yang eksklusif  

  

  1. Bolehkah ambassador menjual melalui online platform seperti shopee, lazada atau carousell? Bolehkah sertai promosi yang online platform tersebut adakan?   
  • Boleh jual di shopee,lazada dan platform lain tetapi promosi dari shopee dan lazada mestilah selaras dan sama dengan promosi yang HQ jalankan tetapi perlu meminta kebenaran dari HQ terlebih dahulu.  

  

  1. Bolehkah saya ‘rekrut’ dropship?  
  • Anda boleh rekrut dropship dan perlu mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan oleh HQ  

 

  1. Bagaimana saya nak “Upgrade” kepada stokis?  
  • Pihak HQ akan melihat/menilai prestasi ambassador dalam masa 3 bulan. Ambassador tersebut perlulah sentiasa konsisten dan mencapai KPI yang ditetapkan iaitu RM9,000/sebulan.  

  

  1. Berapakah kos untuk memulakan perniagaan sebagai Ambassador sultera?   
  • Pertama kali pendaftaran Silver Ambassador WAJIB membeli “STARTER PACK SILVER” (20 biji bantal 5 Star) dengan harga RM630 di dalam Sultera.biz kecuali terdapat promosi daftar Silver Ambassador yang ditawarkan oleh HQ. Penambahan produk-produk lain sebelum checkout adalah dibenarkan.  

  

Pelanggan   

  1. Adakah isian bantal Sultera sama dengan bantal jenama lain?  
  • Uniknya bantal Sultera ini adalah isian dalam kami menggunakan feather silk cotton (bulu pelepah sintetik), ketahanan boleh menjangkau lebih 2 tahun, boleh di basuh dengan mesin basuh dan mesin pengering dobi. Sangat-sangat berbeza dengan bantal di luar sana.  

  

  1. Betul ke bantal Sultera ini tahan kempis?  
  • Sangat-sangat betul! Alhamdulillah kebanyakan feedback dari customer yang sudah menggunakan bantal kami, semuanya berpuas hati dengan kualiti bantal Sultera dan tahan kempis minima 2 tahun.  

  

  1. Berapakah ‘thread count’ bagi cadar berjalur putih?  
  • Thread count bagi cadar berjalur putih adalah 250TC. Material yang digunakan adalah 100% cotton. Terdapat 5 saiz, Super King, King, Queen, Super single dan Single. Cadar berjalur putih ini didatangkan dengan 2 helai sarung bantal, 1 cadar bergetah dan 1 sarung duvet.   

 

  1. Jika saya buat pembayaran hari ini, bila akan pos?  
  • Sebarang transaksi yang dilakukan sebelum pukul 12 tengah hari akan di pos pada hari yang sama. Selepas pukul 12 tengah hari kami akan proses keesokkan harinya waktu bekerja tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti Umum.  

  

  1. Berapa lama tempoh penghantaran yang ditetapkan setiap kurier?  
  • Setiap kurier tempoh penghantaran yang berbeza mengikut destinasi pelanggan. Bagi kawasan semenanjung, kebiasaannya tempoh penghantaran antara 2 ke 7 hari bekerja. Bagi Sabah dan Sarawak 3 ke 10 hari bekerja. 

  

  1. Apakah perbezaan bantal sultera berbanding dengan bantal jenama lain?   
  • Sultera amat yakin dengan kualiti produknya hinggakan syarikat menawarkan pelanggan jaminan kepuasan untuk produk utama kami iaitu bantal. Jadi, tidak ada risiko kewangan dalam mencuba produk sultera kerana harga adalah mampu milik