A. TERMA DAN SYARAT AMBASSADOR SULTERA

1. Sila baca dan fahami terma dan syarat Ambassador dengan teliti.

  • Sultera berhak untuk menghentikan perjanjian reseller dengan memberikan notis bertulis jika terdapat pelanggaran terhadap terma dan syarat

2. Persyaratan Umum:

  • Calon Ambassador harus berumur 18 tahun ke atas.
  • Calon Ambassador WAJIB membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 atau mengikut promosi yang ditawarkan pada bulan tersebut kepada upline sebelum diberikan link pendaftaran Ambassador.

3. Permohonan:

  • Calon Ambassador WAJIB mengisi maklumat peribadi pada borang permohonan pendaftaran Ambassador Sultera yang disediakan seperti gambar, nama, jantina, nombor telefon, no. Whatsapp, no. kad pengenalan, tarikh lahir,  alamat, info bank. (Untuk rujukan Ambassador dan HQ sahaja)

4. Keputusan Permohonan:

  • Sultera akan menilai setiap permohonan dan memberikan maklum balas dalam tempoh yang munasabah.

5. Pengambilan Stok:

  • Setelah permohonan Ambassador diluluskan, Ambassador Sultera akan diberikan akses untuk membeli produk Sultera dengan harga yang ditetapkan oleh perniagaan.
  • Ambassador bertanggungjawab untuk membayar harga produk yang dibeli sebelum penghantaran.  

 

 

B. PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN

1. Ambassador berperanan membuat jualan dan pengiklanan atas inisiatif masing-masing.

  •  Pihak pengurusan akan membekalkan segala info, gambar, video dan sebagainya bagi memudahkan pengiklanan.

2. Ambassador diizinkan untuk menjual produk Sultera di saluran penjualan mereka sendiri.

  •  Seperti kedai fizikal, laman web, atau platform e-dagang (website, Lazada, Shopee, dll).

3. Mempromosikan dan memasarkan produk Sultera.  

  • Ambassador Sultera bertanggungjawab untuk mempromosi dengan cara profesional dan sesuai dengan nilai dan reputasi Sultera.

4. Ambassador tidak boleh mengiklankan atau mempromosikan di iklan berbayar HQ FB ADS /IG ADS (SPONSORED).

  • Posting harian yang tidak terdapat perkataan SPONSORED adalah dibenarkan.
  • Berikut merupakan akaun rasmi HQ Sultera:-
  • Facebook HQ     : Sultera Malaysia
  • Instagram HQ     : Sultera.official
  • TikTok                  : Sultera.official

5. Ambassador tidak boleh mengiklankan atau mempromosikan di iklan berbayar seperti FB ADS/IG ADS (SPONSORED) di Ambassador-Ambassador yang lain.

  • Ambassador-Ambassador tersebut telah mengeluarkan kos untuk pengiklanan atas inisiatif sendiri.

6. Ambassador tidak dibenarkan menukar harga jualan sesuka hati.

  • Harga jualan adalah selaras seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Sultera.

7. Pemantauan harga jualan Ambassador.

  • Pihak pengurusan Sultera  akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Ambassador pada setiap platform jualan.

8. Aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk Sultera.

  • Sekiranya pihak Sultera menerima laporan tentang sebarang aduan dan didapati melanggar Terma dan Syarat, pihak pengurusan berhak menamatkan kontrak Ambassador tersebut.

9. Ambassador diberikan kebebasan menentukan harga jualan yang wajar bagi produk Sultera.

  • Namun, Ambassador tidak boleh menetapkan harga yang lebih mahal dari harga pasaran (normal price) dan tidak boleh menurunkan harga bawah daripada harga promosi yang ditetapkan.

10. Ambassador boleh menawarkan ‘free gift’.

  • Mengikut promosi dari HQ Sultera yang akan bertukar setiap bulan (mystery gift).

11. Jualan melalui e-dagang (website, Lazada, Shopee dan lain-lain)

  • Ambassador perlu memberikan maklumat kepada pihak pengurusan seperti ‘Shop Link’ atau seumpamanya. Promosi selain daripada promosi yang HQ jalankan adalah tidak dibenarkan kecuali atas persetujuan HQ.

12. HQ Sultera berhak menukar harga jualan atau promosi

  • Notis bertulis akan diberikan oleh HQ.

 

 

C. PERTUKARAN DAN BAYARAN BALIK BARANGAN (RETURN & REFUND)

1. Pertukaran barang yang dibenarkan adalah barangan yang rosak akibat pengilangan sahaja.

  • Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab mana-mana barangan yang rosak akibat bencana alam contohnya seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.

2. Barangan yang rosak berbentuk set.

  • Sila kembalikan set yang lengkap dan akan ditukarkan kepada set yang baru. (contoh: set cadar)

3. Ambassador WAJIB memeriksa barang .

  • Sebaik sahaja menerima barangan sebelum menghantar kepada pelanggan Ambassador.

4. Ambassador menerima barangan salah atau rosak.

  • Pertukaran dan bayaran balik barangan hanya boleh dibuat dalam masa 5 hari selepas Ambassador mendapat barangan tersebut.

5. Pelanggan Ambassador menerima barangan yang rosak atau set yang tidak mencukupi.

  • Ambassador perlu menggantikan menggunakan barangan mereka terlebih dahulu. Selepas itu, Ambassador boleh membuat tuntutan dari HQ untuk penggantian barang tersebut.

6. Pihak HQ Sultera tidak akan menghantar secara terus kepada pelanggan Ambassador untuk penggantian.

  • Kecuali penghantaran memang dibuat secara terus di dalam sistem Ambassador Sultera.

7. Pihak HQ Sultera tidak akan buat ‘Reverse Pick Up’ dari pelanggan Ambassador.

  • Ambassador yang perlu menguruskan pemulangan semula barangan tersebut.

8. Pihak HQ Sultera akan membuat bayaran balik (refund) kepada Ambassador dan bukan secara terus kepada pelanggan.

  • Harga bayaran balik adalah harga yang dibeli di dalam sistem Ambassador dan bukan harga jualan kepada pelanggan.

9. Ambassador juga perlu membuat bayaran balik (refund) dengan harga yang pelanggan beli dari Ambassador.

 

 

D. PEMBAYARAN PESANAN

1. Pembayaran penuh dibuat di dalam sistem secara online banking.

  • Semua pesanan dari Ambassador akan diproses selepas pembayaran penuh dibuat di dalam sistem Ambassador.

 

E. PESANAN, WAKTU PENGHANTARAN DAN PENGAMBILAN BARANG DARI GUDANG

 

PERHATIAN: Pengambilan barangan yang ditempah hendaklah dimaklumkan kepada Admin sekurang-kurangnya 1 jam sebelum pengambilan barang.

1. Ambassador yang mempunyai pelanggan dari platform e-dagang seperti website, Shopee, Lazada dan lain-lain mereka hendaklah membuat penghantaran sendiri.

  • Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab dengan mana – mana pesanan di luar sistem Ambassador Sultera.

2. Pengeposan dilakukan pada setiap hari (Isnin-Jumaat) kecuali pada hari cuti am dan cuti umum yang terlibat.

  • Pesanan yang diterima sebelum jam 12 tengahari akan dipos pada hari sama, manakala pesanan yang diterima selepas jam 12 tengahari akan diproses pada hari bekerja berikutnya. Barang hanya akan dipos setelah pembayaran selesai.

3. Pengambilan barangan (pick-up) boleh dilakukan di gudang pada hari Selasa hingga Jumaat. (Sila rujuk Jadual 1)  

4. Pengambilan barangan (pick-up) juga boleh dilakukan pada hari Sabtu minggu pertama & minggu ke-3 atas permintaan terus kepada Admin sebelum jam 5 petang hari Jumaat minggu tersebut. (Sila rujuk Jadual 1)                     

WAKTU PICK-UP

Isnin

Tiada

Selasa

11 AM-5 PM

Rabu

11 AM-5 PM

Khamis

11 AM-5 PM

Jumaat

11 AM-5 PM

Sabtu (Minggu 1 & 3)

9.30 AM-12 PM

(Atas permintaan sahaja)

Cuti AM dan cuti khas terlibat

Tiada

1 Jam persediaan sebelum pick-up

Jadual 1

F. URUSAN SELEPAS PENGHANTARAN

1. Periksa barang sebaik sahaja terima.

  • Selepas Ambassador menerima barang dari pesanan yang dibuat, Ambassador perlu memeriksa barang tersebut sama ada cukup atau tidak, barangan rosak dan lain lain sebelum menghantar kepada pelanggan.
  • Sekiranya Ambassador menerima barang yang bermasalah, Ambassador perlu maklumkan kepada Admin dalam masa 5 hari. Sekiranya melebihi 5 hari, HQ berhak untuk tidak melayan sebarang pertukaran atau penambahan.

 

 

G. URUSAN PENGAMBILAN BARANG

1. Semasa pengambilan barangan,

  • Ambassador perlu memeriksa di gudang bagi mengelakkan barangan yang dipesan tidak mencukupi.
  • Sekiranya Ambassador menerima barang tidak mencukupi, Ambassador perlu maklumkan kepada Admin dalam masa 5 hari. Sekiranya melebihi 5 hari, HQ berhak untuk tidak melayan sebarang pertukaran atau penambahan.

2. Pengambilan barangan menggunakan servis luar seperti  runner, Lalamove, atau Grab.

  • Perlu diuruskan dan dibayar sendiri oleh Ambassador tersebut. Ambassador juga perlu memberitahu kepada Admin bagi melancarkan proses pengambilan barangan dari gudang HQ Sultera.

3. Pengambilan barangan menggunakan servis luar kenderaan seperti kenderaan 4x4, van atau lori, Ambassador perlu menyatakan ‘remarks’ untuk bantu load barang dari depan gudang HQ.

  • Operations team HQ hanya bertugas mengangkat barangan tersebut ke depan gudang HQ sahaja. Operation team HQ tidak bertanggungjawab untuk memasukkan dan menyusun barangan ke dalam kenderaan tersebut. (Door-to-door service adalah diwajibkan) (Sila rujuk Gambar 1)

Gambar 1

 

 

H. PEMBAYARAN KOMISEN

1. Jenis- jenis comission.

  • Recruit commission, personal commission dan overriding commission.
  • Sila rujuk PDF “Modul Penggunaan Sistem Squarelet X Sultera” untuk tahu lebih lanjut.

2. Dibayar pada awal bulan berikutnya.

  • Komisen pada bulan tersebut akan dibayar oleh HQ  Sultera pada 5 hari bulan berikutnya.
  • Sekiranya tarikh 5 hari bulan jatuh pada hari Sabtu, komisen akan dibayar pada 4 hari bulan (Jumaat) dan sekiranya jatuh pada hari Ahad, komisen akan dibayar pada 6 hari bulan.

 

I. PELANTIKAN AMBASSADOR DOWNLINE

1. Semua Ambassador perlu mengikuti dan memberikan terma dan syarat ini kepada Ambassador Downline masing-masing.

  •  Setiap Ambassador downline wajib baca dan fahami.

2. Ambassador mestilah mengikuti semua syarat yang ditetapkan untuk melantik Ambassador downline.

3. Ambassador downline akan membayar kepada sejumlah RM50 untuk pendaftaran pertama seumur hidup kepada Ambassador upline dan Ambassador upline wajib membeli “Pakej New Member” yang berharga RM40 (termasuk kos pos RM7) di dalam sistem dan HQ mengepos kepada Ambassador downline masing-masing.

  • Baki sejumlah RM10 adalah keuntungan yang Ambassador upline akan terima secara tidak langsung apabila mendaftarkan seorang Ambassador downline.

4. Sekiranya Ambassador melantik Ambassador downline, Ambassador upline layak menerima overriding commission daripada jumlah Personal Sale Ambassador downline. (Sila rujuk “Modul Penggunaan Sistem Squarelet X Sultera”)

5. Ambassador upline hanya bertanggungjawab atas Ambassador downline yang berdaftar di bawahnya sahaja.

  • Tidak perlu bertanggungjawab atas downline (cucu) yang berdaftar dengan downline (anak) anda.

6. Tanggungjawab WAJIB terhadap Ambassador downline:

  1. Ambassador upline mestilah bertanggungjawab memberi tunjuk ajar atau berikan bimbingan kepada Ambassador downline masing-masing. 
  2. Ambassador upline perlu menyediakan penjelasan mendalam mengenai produk, proses jualan, dan strategi pemasaran kepada Ambassador downline.
  3. Ambassador upline diwajibkan untuk menjawab pertanyaan, memberi nasihat, dan memberikan panduan dalam usaha menjalankan perniagaan.
  4. Ambassador upline diwajibkan untuk menyediakan sebuah group Whatsapp untuk berinteraksi dan menjaga Ambassador downline masing-masing. (Tidak perlu jemput ke group WhatsApp HQ Sultera)
  5. Ambassador upline juga bertanggungjawab untuk memberikan bahan marketing tambahan selain dari HQ dan membantu sekiranya ada masalah.  (Digalakkan menyediakan group telegram bahan marketing kumpulan anda)
  6. Ambassador upline perlu memberikan akses kepada bahan-bahan latihan, sumber-sumber pendidikan, dan kursus-kursus yang boleh membantu Ambassador downline memperoleh pengetahuan baru dan meningkatkan kemahiran pemasaran.
  7. Ambassador upline diwajibkan untuk memberikan sokongan kepada Ambassador downline dalam menyelesaikan masalah atau isu yang timbul semasa menjalankan perniagaan.
  8. Ambassador upline perlu bersedia untuk mendengar keluhan, menawarkan penyelesaian alternatif, dan memberikan nasihat bagi mengatasi rintangan yang dihadapi oleh Ambassador downline.
  9. Ambassador upline mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi prestasi Ambassador downline dan memberikan maklum balas yang membina.
  10. Ambassador upline perlu menekankan pentingnya berperniagaan dengan jujur, adil, dan bertanggungjawab serta mematuhi semua peraturan dan perundangan yang berkenaan.
  11. Ambassador upline harus menjalin komunikasi yang efektif dengan Ambassador downline mereka.
  12. Ambassador upline perlu memberikan maklumat terkini, mengedarkan bahan promosi, dan memberi arahan atau panduan melalui saluran komunikasi yang sesuai.
  13. Ambassador upline diwajibkan menjaga kepercayaan dan kerahsiaan maklumat Ambassador downline.
  14. Ambassador upline harus memastikan bahawa maklumat sensitif atau peribadi Ambassador downline tidak disalahgunakan atau diberikan kepada pihak yang tidak berkenaan.

J. DISPLIN DAN SALAH LAKU

1. Ambassador perlu mengikut harga pasaran yang dibenarkan oleh HQ Sultera.

  • Tidak boleh meletakkan harga di atas harga pasaran dan di bawah harga promosi yang ditetapkan HQ Sultera.

2. Memberi servis yang terbaik untuk pelanggan.

  • Ambassador bertanggungjawab menjaga dan memberi servis yang terbaik untuk pelanggan untuk menjaga nama baik Sultera.
  • Ambassador perlu memberikan layanan pelanggan yang baik dan responsif, termasuk menjawab pertanyaan, memberikan nasihat produk, dan menangani aduan pelanggan dengan profesionalisme.
  • Ambassador harus berkomunikasi dengan pelanggan dengan sopan dan menjaga reputasi Sultera dalam setiap interaksi dengan pelanggan.

3. Menjaga nama baik Sultera.

  • Ambassador tidak boleh memburuk-burukkan nama syarikat/brand kepada sesiapa sahaja.

4. Tindakan tegas diambil sekiranya melanggar disiplin dan salah laku Ambassador.

  • Sekiranya terdapat berlakunya perkara-perkara seperti diatas, pihak pengurusan berhak mengambil tindakan tegas dan menamatkan kontrak Ambassador.
  • Sebarang isu/permasalahan/cadangan boleh merujuk kepada Admin terlebih dahulu.

 

K.  PERTUKARAN POLISI, TERMA DAN SYARAT KONTRAK

1. HQ Sultera berhak untuk mengubah atau memperbaharui terma dan syarat untuk Ambassador dari masa ke masa.

  • Ambassador akan diberi notis yang munasabah tentang sebarang perubahan dan perubahan tersebut akan berkuat kuasa setelah notis tersebut diberikan.

 

 

 

L. PENILAIAN PRESTASI DAN KPI (KEY PERFORMANCE INDICATOR)

1. KPI untuk setiap tier Ambassador terbahagi kepada Personal GSP dan Personal Group GSP. Ambassador perlu mencapai kedua-dua KPI Personal GSP dan Personal Group GSP untuk layak menerima komisen di tier. Berikut merupakan KPI tersebut:-

TIER NAME

TIER

KPI PERSONAL GSP

KPI PERSONAL GROUP GSP

Royal Blue Diamond

23%

RM5,000.00

RM30,000.00

Royal Red Diamond

22%

RM3,000.00

RM20,000.00

Red Diamond

21%

RM15,000.00

Royal Diamond

20%

RM14,000.00

Diamond

19%

RM13,000.00

Emerald

18%

RM1,000.00

RM12,000.00

Royal Ruby

17%

RM11,000.00

Ruby

16%

RM10,000.00

Royal Opal

15%

RM9,000.00

Opal

14%

RM8,000.00

Royal Sapphire

13%

RM800.00

RM7,000.00

Platinum Sapphire

12%

RM6,000.00

Sapphire

11%

RM5,000.00

Royal Pearl

10%

RM4,000.00

Pearl

9%

RM3,000.00

Royal Gold

7%

RM500.00

RM2,000.00

Gold

6%

RM1,000.00

Royal Silver

5%

RM800.00

Silver

4%

RM600.00

Bronze

3%

RM500.00

1. HQ berhak mengubah KPI bila – bila masa sahaja dengan memberi notis kepada Ambassador.

2. Ambassador WAJIB mempunyai pembelian sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan berturut – turut untuk aktifkan akaun Ambassador masing-masing.

 

 M. HADIAH BULANAN, HADIAH TAHUNAN DAN HADIAH ULANG TAHUN AMBASSADOR

1. Ambassador layak menerima hadiah.

  • Sekiranya melepasi target yang ditetapkan. (Rujuk PDF Hadiah Ambassador)

2. Sekiranya Ambassador mempunyai akaun 2 akaun, Ambassador layak menerima hadiah dari akaun utama sahaja.

3. Pihak pengurusan Sultera berhak meminda, mengubah atau menukar segala polisi atau terma dan syarat.

  • Mengikut kesesuaian dan yang dianggap perlu dari semasa ke semasa. 

4. Kelayakkan untuk mendapat hadiah ulang tahun Ambassador mestilah:-

  • Sudah menyertai Sultera 1 tahun dan ke atas dan berstatus aktif.
  • Mempunyai transaksi pembelian di dalam sistem Ambassador sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan berturut-turut sepanjang tahun.
  • Ambassador hanya layak menerima hadiah dari akaun utama sahaja.

 

N. PENARIKAN DIRI SEBAGAI AMBASSADOR

1. Ambassador ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab tidak tertentu.

  • Pihak pengurusan Sultera TIDAK akan membeli balik produk Sultera yang ada pada Ambassador.